Monday 31 December 2012

Congratulation

23/12/2012 is my sister Engagement day..
Congratulation to her and also to her husband to be...a.k.a POKCIK...


Tanggal 23/12/12, my sister officially dah jadi tunangan org..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...Diharapkan hubungan mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin n seterusnya kekal hingga ke akhir hayat.. Amin...
Really happy for her...

So 1 week before majlis dah start la acara kelam kabut kat umah bagi memastikan segalanya berjalan lancar..Jom kita lihat...

1at of all, mestilah siapkan hantaran n pelamin kan...hahah..kelam kabut nak buat benda alah nie...Tapi hasilnya anda sendiri lah menilainya..heehhehe..

Hantaran yang telah disiapkan....


Pelamin yang tak seberapa..hasil usaha kami semua...Thanks semua yang membantu :)

Suddenly terasa plak saat nak bertunang dulu..mesti berdebar2 kan bila keluar je dah penuh org kat dalam rumah..and semua mata duk sibuk memandang...Time tu, of coz la cahaya kamera pun semakin galak memancar2...hhehhe...

Sesi menyarung cincin




Sesi bergambar...

Kami adik beradik...But adik yang bongsu tak dapat nak meraikan kegembiraan bersama2, ekoran berada di perantauan.

 

 With Linda...thanks coz sudi datang


Sempat lagi manje2 ngan abah


Zharif with abang long a.k.a Paklong 

Akhirnya..selesai lah majlis pada hari tersebut...
Alhamdulillah






Monday 17 December 2012

Kek Karamel Pelangi

Salam..
Hai hari nie nak kongsi pengalaman buat  kek karamel...
Resepi nie saya amek dari internet..Best jugak kek nie...

Nie antara bahan2 yang digunakan...

Bahan2.
Bahagian A: Gula hangus.
1: 2 sudu besar gula( untuk buat gula hangus)
2: Panaskan didalam loyang, dan ratakan ke seluruh permukaan loyang..
3: Then ketepikan saja.

Bahagian B: Karamel
1/2 tin susu cair
3/4 cawan gula kastor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
1 sudu besar tepung kastad( optional)

Bahagian C: Lapisan kek
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
3/4 cawan gula kastor
135ml air masak
45 ml minyak.

Bahagian D: Merinque
6 biji telur putih
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (saya tak masukkan pun, coz tak de kat umah..hehhe)

Cara-cara:
Bahagian B
Kacau semua bahan2 sampai sebati, tapis dan tuang ke dalam loyang berisi gula hangus..
Then ketepikan.

Bahagian C
1. Pukul telur, gula air dan minyak sampai sebati.
2. Masukkan tepung dan baking [powder yang telah diayak.
3. Kacau sebati dan ketepikan.

Bahagian D
1. Pukul telur putih sampai jadi foam.
2. masukkan gula dan kacau hingga sebati.

Masukkan D ke dalam adunan C
Bahagikan kepada beberapa warna
Then selang selikan bahagian warna tadi sehingga abis adunan...
Pnaskan oven 180C dan bakar selama 50-60 minit (Kaedah double- boiled)

Gambar akan dimasukkan kemudian..hihihii..
Selamat mencuba yer kawan2...
Nie la rupa die my kek karamel..walaupun tak berapa nak jadi susunan dia..hehehe..

Wednesday 12 December 2012

CATATAN UNTUK PARA SUAMI


Sikap seorang suami yang baik...
Ia tidak hanya pandai menuntut isterinya agar menjadi seorang wanita baik seperti yang diinginkannya.
Akan tetapi ia lebih banyak memberi contoh yang baik dalam rumah tangganya.

Ketika seorang suami menginginkan  isterinya menjadi seorang wanita yang bertakwa kepada ALLAH.
Maka ia terlebih dahulu mencontohkan dirinya sebagai seorang imam yang bertakwa.

Ketika seorang suami menginginkan isterinya menjadi wanita yang selalu setia.
Maka ia memposisikan dirinya sebagai seorang imam yang tidak mudah tergoda dengan wanita lainnya.

Dan ketika seorang suami menginginkan isterinya menjadi wanita yang penuh kasih sayang dalam keluarganya.
Maka ia menjadikan dirinya sebagai suami yang penuh perhatian kepada isteri dan juga anak-anaknya.

Bagaimanapun seorang ISTERI akan lebih banyak mengikuti apa yang dicontohkan oleh SUAMI-nya




P/S: Thank to my husband kerana terima diri ini seadanya..
Semoga hubungan kita kekal hingga ke JANNAH..
Amin.

Monday 10 December 2012

My little hero

Assalamualaikum...
Alahai, diam tak diam dah nak masuk 11 bulan dah my little hero nie..Sangat2 panjang akal dia everyday...Ade je perkara baru yang dia nak share dengan Tokwan, Nenek n Ibu dia...So sweet....Really Love him so much..and to his abah also..


Three of us..('',)


Abah, kita kat mana ni???



Zharif with telephone..Ibu plz coll abah..Hehe

Zharif with Tokwan

Tokwan knape itik nie dah tak gerak mcm kakak sebelah?


Smile..


Hye...

Apa nie?


Posing dulu sbelum balik klate...

Really love all of them...

Bagaimanakah urusan kita dengan Allah hari ini? 

Thursday 6 September 2012

Surah-surah amalan untuk ibu mengandung



Surah-surah amalan untuk ibu mengandung..
Tahniah buat my friend yang telah disahkan mengandung..hehehe..
To semek sioh, Mek tihah and Kak zhu...


Tuesday 14 August 2012

Selamat hari raya


Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya buat semua teman-teman. Maaf Zahir dan batin...

Jom layan lagu2 raya ....


Selamat Hari Raya

Sesuci lebaran

Nazam lebaran








Monday 13 August 2012

Rohingya



Click here to save Burma Muslim..





The Rohingya, a persecuted Muslim community in western Burma, are under attack, with untold numbers killed by vigilantes and security forces. Tens of thousands have now fled to neighboring Bangladesh, but the government there is blocking aid -- if we act together now, we can pressure Bangladesh to reverse course and offer Ramadan relief to those in need.

International relief charities were coming to the aid of Rohingya refugees, but now the Bangladeshi government is shutting them down, saying the refugees aren’t Bangladesh's responsibility. Without this aid, the refugees, many of them children, are at grave risk of disease and starvation. But the important Organization of Islamic Cooperation (OIC) could push Bangladesh to reverse the aid ban and rescue the Rohingya.

Next week all 57 OIC member countries, including Bangladesh, are meeting in Saudi Arabia for an emergency summit to address the crisis.OIC Chief Ekmeleddin Ä°hsanoÄŸlu will urge Bangladesh to show mercy and compassion towards Rohingya refugees and could offer financial backing, but he needs a strong show of public support to make Bangladesh heed his call. Sign the urgent petition now and share with everyone you know - it will be delivered directly to the OIC meetings next week when we reach 50,000 signers.

Bersyukur la kita berada di dalam keadaan yang aman walaupun hakikatnya DARURAT...

Renung-renungkanlah


 Inilah peluang terbaik untuk membantu yang kurang bernasib baik, dan menangi hadiah hebat dengan "like" dan komen pada #PPZ!


Jom like sama-sama

Friday 10 August 2012

Take a break..

Take a break with
                   http://prelaunchx.com/x/pearlgurl83



Iklan raya: Sedihnye


Sedihnye iklan nie...

Sesungguhnya aku bersyukur kerana masih lagi dapat beraya bersama keluarga tercinta pada tahun ini...
Hargailah ibu dan ayah kita selagi kita masih lagi bernyawa...
Semoga kita menjadi anak-anak yang soleh mahupun solehah ...



Luv u abah n ibu...

Milkadeal

How Much Calories Have You Burnt This Time?

50% OFF now just only RM50 for Heart Rate Monitor with Calorie Counter worth RM100 from Vtienda

Opting for a gym membership or an expensive treadmill just to measure your calories burnt? It doesn’t have to be that way. The Vtienda heart rate monitor watch is an inexpensive way to track your progress while you exercise anywhere – maybe even in the park!


Vtienda is now offering the heart rate monitor watch for 50% off, so get one





Angry bird

Salam just nak share ngan semua...Tengah duk surfing tadi, suddenly terjumpa satu soalan fizik...n yang paling best soalan tu berkaitan dengan Game yang tersangat POpular skarang...Sapa tau game ape???

Of coz la game ANGRY BIRD.....Adoi, memang contoh terbaik la...then sapa2 yang main game tu mmg boleh guna teori fizik bagi memastikan anda berjaya dalam game tersebut...Jangan main lempar je angry bird tu, kena ade strategi baru menang dengan BANGGANYA..heheheh..

Here saya uploadkan sekali contoh soalan FIZIK tu...siap ade jawapan lagii...


Jom buat sama-sama...

Wednesday 8 August 2012

Duit raya oh duit raya


Sempena nak menyambut hari raya nie..Berbagai-bagai iklan kita tgk yang sesaje nak bagi duit raya...

Alangkah seronoknye kalau dapat durian runtuh kan..cam mana la saat kalau tetiba sumone col and say..Tahniah Cik anda telah berjaya memenangi Duit raya dari Celcom ..hhahaha..so funny...

Nie salah satu contoh yang menarik yang boleh kita tgk and suddenly akan keluar la angan-angan...


Tapi apa-apa pun...Selamat hari raya n maaf zahir dan batin ye...Berangan-berangan juga tapi jangan sampai terover berangan sudah..Nanti makan hati tak sudah..

prelaunchX Invitation

prelaunchX Invitation: You're invited to join prelaunchX

Tuesday 7 August 2012

Jom sama-sama jana pendapatan..just clik n sign up..so easy

PreLaunchX
Assalamualaikum ! Nak buat duit secara Online tak ?


01) Pertama sekali .. Cepat klik http://prelaunchx.com/x/pearlgurl83

ialah penaja segala PreLaunchX . Anda cuma perlu klik link ini untuk daftar PERCUMA sehingga 27/08/2012 Je . Kemudian klik 'Sign Up'
pastu isikan Username anda suka . Pastu isikan Email anda sendiri serta Password anda . Isikan sekali lagi password anda di kotak Verify Password . Pastikan password anda mudah diingat oleh anda . Selepas sahaje Sign up , Anda akan masuk kembali ke Log In Page . Taip Username dan Password anda sama seperti yang anda taip di Page Sign Up itu tadi .

02) Kedua bila anda Login , anda akan masuk ke Page Akaun anda sendiri . Anda lihat $100 tu milik anda . Anda lihat Sebelah Atas Kanan Page Akaun anda di mana ada tertulis "TASK" . Anda klik Task tu dan masuk ke page Task List . Anda klik "CLICK HERE" di area "Task Subscribe To Email Updates . " Isikan email anda tadi utk "
FeedBurner Email Subscription Request" dan kemudian Verify Subscription .

03) Ketiga , Klik petak I have subscribed dan klik "CLEAR TASK".
Kemudian "CLICK HERE" di area "Task: Enter your payee information." Isikan email anda di kotak "Payee Email Adress", "Payee Full Name" iaitu nama penuh anda ikut Mykad" dan isikan juga di kotak "Payee Physical Address" iaitu Alamat Rumah atau Pejabat anda. Anda kena Isi Nama dan Alamat yg Tepat dan Betul kerana maklumat itu akan di tulis ke dlm check anda nanti untuk hantar bonus . Kalau isi nama samaran atau alamat tak betul , Check tu akan bermasalh bila nak masuk ke akaun bank anda nanti atau check tu tak sampai ke rumah anda . Dah selesai semua tu anda klik "Update Information". Kemudian di Page Task LIst tu anda klik di kotak "I have entered my payee information " dan kemudian klik "clear task .

04) Anda akan masuk semula ke Mind Page akaun anda , kemudian lihat di bawah Page bahagian "Your Referral Link". Sekarang link tu dah jadi milik anda . Anda dah boleh promosi link anda . Copy paste link anda dan letakkan di wall FB anda . Kalau ada tweeter , blog , website sendir i, lagilah bagus kerana LEBIH RAMAI org akan lihat dan klik link anda untuk daftar seperti mana anda buat tadi . Setiap org SignUp melalui link anda , anda akan dapat Bonus dan Commision Bulanan . Lagi ramai org join melalui link anda , anda akan dpt lebih banyak bonus dan komisen . Sekiranya anda dapat 3 org SignUp direct melalui link anda . Lock Level 1 hingga Level 5 akan terbuka secara automatik dan anda dah layak utk menikmati bonus setiap level 1 hingga Level 5 .

Selamat Mempromosikan Link Anda ;)

Habbatus sauda


Nie la produk yang saya amalkan sebagai Breastmilk bOoster
Ianya bukan sahaja sesuai untuk ibu2 yang menyusu, malah sesuai untuk diamalkan oleh seisi keluarga..InsyaALLAH dengan keizinan-NYA semua benda boleh jadi...

Jom sama-sama kita amalkan habbatus sauda



Sesiapa yang berminat boleh PM saya di FB ...

Nie antara testimoni ibu-ibu yang telah berjaya mengamalkan AHS





Like This Statement


Really -really Like

Saturday 4 August 2012

BerSangka Baik

Jangan hanya melihat keburukan orang, kerana seburuk-buruk dia, ada 1001 kebaikan dia yang kamu tak pernah lihat... :)

Puding Roti

Salam...
Jom buat puding roti untuk berbuka...menu nie buat petang semalam..

PuDing Roti BerKismis

Nie gara-gara terlebih kismis...hehehe..
boleh kurangkan kismis (ikut rasa sendiri ye)

Skarang jom kita tgk bahan- bahan yang perlu ade untuk buat puding nie...

Bahan- bahan A:
500ml Susu segar
8 keping roti gardenia (or apa saja)

Bahan- bahan B:
4 1/2 sb gula kastor/halus
2 sb butter/marjerin
2 biji tekur
1 sk esen vanilla
2 1/2 sudu tepung jagung
1 sb tepung kastard

Bahan- bahan C
Kismis/ Buah-buhan kering

Bahan- Bahan Untuk sos kastad
1 tin susu cair
3 sb tepung kastard
Gula dan garam secukupnye
1/2 sk esen vanilla
1 tin susu cair

Cara-cara

CARA-CARA MEMBUAT PUDING ROTI

Potong dan susunkan roti didalam bekas pembakar
Rendamkan didalam susu selama 1/2 jam.


Kacau dan gaulkan bahan- bahan B

Masukkan kismis atau buahan-buahan kering dan tuangkan ke dalam bekas berisi roti tadi
Bakar pada suhu 180 C selam 30- 35 minit

Tadaaa..dah siap..Sejukkan lepas tuh boleh bubuh dalam peti sejuk


CARA-CARA MEMBUAT SOS KASTARD


Panaskan semua bahan dengan api perlahan sampai naik wap
Ketepikan bila dah sejuk
Masukkan dalam peti sejuk
Curahkan aje atas puding roti bila nak makan


SELAMAT MENCUBA YE KAWAN-KAWAN




Wednesday 1 August 2012

Jom Layan

Jom layan :

Begini Caranya


Ngantuk- ngantuk nie ..Jom layan lagu niee...Zaaaazzzzzzzzzzzzz

Resepi: Puding Karamel

Semalam jalan-jalan kat bazar ramadhan, then tertengok la kat puding karamel...cam sedap je kan makan time berbuka...So bermula la conversation antara penjual dan pembeli...

Penjual: Nak beli apa dik?
Pembeli: Akak puding nie berapa 1 slice?
Penjual: RM 1 je...
Pembeli: Oh yeke...Terima kasih (Dalam hati, mak aih..mahalnye..baik buat sendiri)

So apa lagi, Jom kita memulakan agenda kita...Just to share....


Puding Karamel

Bahan-bahan

1/2 tin susu pekat
1 tin susu cair
6 biji telur
Sedikit kastad
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar gula
sedikit air

Cara memasaknye

Membuat karamel

1. Masukkan 2 sudu gula kedalam loyang dan panaskan sehingga gula cair.
2. Kemudian masukkan sedikit air.
3. Ratakan ke seluruh loyang tersebut dan tinggal kan sehingga dia keras.

Membuat puding

1. Pukul telur, susu pekat and susu cair sehingga kembang. (Saya blender je sume)
2. Masukkan esen vanilla dan sedikit kastad 
(Kastad jangan bubuh banyak nanti jadi keras pulak, kalau tak mo bubuh pun takpa)
3. pukul lagi hingga sebati then boleh dituangkan ke dalam karamel yang telah kita buat awal tadi..

Kemudian masukkan ke dalam kukusan, tinggalkan selama 45 minit...
( Make sure panaskan air dalam kukusan dulu)

Selepas tu boleh la dihidangkan...semasa panas ataupun boleh disejukkan dulu dalam freezer...
Sangat senangkan...

Selamat mencuba ye...




Sunday 29 July 2012

TIPS UNTUK KHUSYUK SEMASA BERDOA :)


 Semoga ia menjadi satu rantaian pahala untuk kita semua.

Macam-macam




Gara2 menggunakan APCO sebagai penasihat, akhirnya kini MATA WANG MALAYSIA kini diletakkan lambang ILLUMINATI yg merupakan SIMBOL FREEMASON sebenarnya. Atas apa jua alasan, memang sudah lama CMK sedar perkara ini. Malah ada maklumat logo BANK NEGARA juga adalah lambang ILLMUMINATI sebenarnya. Maka, kenapa kerajaan Malaysia rela mengikut telunjuk YAHUDI? dengan meletakkan lambang mereka pada matawang baru kita.. Alasan lambang orang ASLI sebenarnya bagi menutup isu sebenar kerana sebelum ini lambang2 tersebut sudah ada dalam wang kertas kita dll. CMK difahamkan, kumpulan ini sedang aktif di Kuantan, malah ada org Melayu Islam kini jadi KEPALA untuk merekrut ramai ahli2 baru mereka. Sungguh mengejutkan, mana MUFTI?


Ada simbol illuminati pada not kertas ringgit Malaysia? MasyaAllah..betul kah? Disebabkan perkara ini memang menarik perhatian mari kita menyiasatnya dengan lebih lanjut. Ok, apa yang peliknya tentang lambang kijang ini kan? Cuba anda perhatikan, adakah ia benar – benar melambangkan kijang? Perkara yang aneh disini adalah kerana ciri fizikal Kijang adalah berekor PENDEK!, manakala simbol haiwan diatas adalah berekor panjang.. Sebenarnya haiwan yg dipaparkan (logo Bank Negara) adalah simbol seekor anjing..! Dalam logo tersebut itu pula terdapat simbol matahari dan bulan.

Untuk makluman semua,bulan dan matahari merupakan sembahan masyarakat pada zaman dahulu, ataupun lebih dikenali masyarakat yang menganut agama pagan(menyembah alam). Masyarakat Mesir Purba telah dicatatkan menyembah matahari sebagai tuhan yang dikenali sebagai Amon-Re (Tuhan Matahari bermata satu). Catatan ini sering ditemui melalui ukiran pada makam Firaun dan Pyramid

Manakala anjing itu pula kelihatan sperti PharaohDog/Pharaoh Hound yang merupakan lambang kepada Mesir Kuno. Lambang anjing pada masyarakat mesir kuno juga melambangkan Dewa Anubis. Lambang ini sememangnya salah satu simbol identiti bagi pergerakan Freemason. Adakah satu kebetulan atau sesuatu yang memang telah ditetapkan? Saya periksa laman web BNM. Bank Negara tertubuh di bawah Ordinan Bank Negara Malaya 1958. Saya pun rasa Bank Negara bawah Kerajaan. Dia tulis situ, Bank Negara Malaysia ialah sebuah bank pusat/induk untuk Malaysia. Tapi dekat laman web BNM tak ada pulak tunjukkan Carta Organisasi. Tak ada pun tunjuk bawah Kerajaan ke Kementerian mana ke. Jadi siapa sebenarnya pemilik Bank Negara?

Bank Negara ni GLC ke? Syarikat berkaitan kerajaan ke? Antara tugas Bank Negara dinyatakan di situ, menasihat Kerajaan dan mempengaruhi suasana kredit negara. Mengapa dia yang menasihat Kerajaan? Mesti handal orangnya.

discover punya discover, saya telah terbaca satu artikel

Pada tahun 1958, siapa cerdik pandai Malaysia yang layak menasihat Kerajaan dalam suasana baru Merdeka? Jadi saya pun periksa siapa Gabenor pertama Bank Negara? Ok, Tan Sri W H Wilcock.

Saya tak hairan lah tentang ini, memang ramai bekas Penjajah kita yang masih membantu kita semasa kita baru lepas merdeka.

Cumanya persoalan saya, Bank Negara Malaysia ini di bawah siapa? Masih belum terjawab dari Laman Web Bank Negara sendiri. Bank Negara Malaysia punya 2 pejabat di luar negara, 1 di US dan 1 lagi di UK. Saya juga pernah terbaca tentang satu artikel tentang kaitan satu pergerakan dengan bank negara malaysia

Saya risau maklumat yang saya dapat ini satu fitnah jahat terhadap Bank Negara kita. mohon diperbetulkan. sumber : http://amirulasril.com/simbol-freemasonry-dalam-wang-malaysia/

Wednesday 25 July 2012

Sharing is Caring

Penting nie untuk perkembangan anak-anak

Anak-anak yang tidur dengan lampu menyala akan berisiko mengidap leukemia. Tubuh memerlukan suasana gelap untuk menghasilkan bahan kimia bagi melawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu tandas, lampu tidur, lampu-lampu jalananan dan sebagainya dapat menghentikan penghasilan bahan melatonin. Menurut Prof. Russle Reiter dari Universiti Texas, sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama satu minit, otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan melatonin menurun. [i-SIHAT edisi Ogos 2012]

Tuesday 24 July 2012

Macam-macam ade...

Sila lah singgah kat website nie:

http://www.zalora.com.my/?gclid=CJT7-MbNsbECFUEa6wodiGQAtg&ef_id=FWtP3uA24WIAABLy:20120724054352:s

Macam- macam ade kat sini...

Fadhilat Puasa Wajib dan Sunat Sepanjang Tahun


FADHILAT PUASA WAJIB DAN SUNNAT SEPANJANG TAHUN
                        Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.
                        Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)
                        Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat."Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."
                        Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:
  • Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga
  • Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.
  • Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka
  • Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi
  • Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup
  • Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."
                        Oleh kerana sangat besar faedah dan manfaatnya ibadah puasa kepada kita, maka selain puasa yang wajib pada bulan Ramadhan, ada lagi puasa-puasa sunat yang elok dilakukan sepanjang tahun iaitu seperti yang akan disebutkan nanti.
FADHILAT PUASA RAMADHAN
                        Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.
                        Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:"Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)
                        Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan keranaAku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)
FADHILAT PUASA-PUASA SUNNAT SEPANJANG TAHUN
1.    Puasa enam hari dalam bulan Syawal
                        Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun." (Riwayat Muslim)
                        Cara melakukannya yang terbaik (afdal) secara berturut-turut dan dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh dan sah dengan tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari didalam bulan Syawal. Malah sesetengah ulama mengharuskan puasa enam hari dalam bulan Syawal diniatkan berserta puasa qadha Ramadhan.
2.    Puasa hari 'Arafah (9 Zulhijjah)
                        Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya,Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya."(Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)
                        Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datanag." (Diriwayat oleh Muslim)
3.    Puasa pada bulan Muharram
                        Daripada Abi Hurairah r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. yang maksudnya: "Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam." (Riwayat Muslim)
                        Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)
4.    Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)
                        Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)
5.    Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)
                        Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharra,." (Riwayat Ahmad dan Muslim)
PERINGATAN
Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)
6.    Puasa bulan Sya'aban
                        Daripada Usamah bin Zaid r.a. katanya, aku berkata: "Wahai Rasullullah, tidak saya lihat tuan hamba berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan (dalam setahun selain Ramadhan) seperti tuan berpuasa pada bulan Sya'aban." Sabda Rasullullah s.a.w."Bulan ini (yakni bulan Sya'aban) ialah bulan yang manusia lalai padanya antara Rajab dan Ramadhan, pada hal ia (yakni bulan Sya'aban) adalah bulan diangkat amalan kepada Tuhan seru sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat dan aku berpuasa." (Riwayat al-Nasai)
                        Ummu Salamah r.a. pula berkata: "Tidak pernah aku lihat Rasullullah s.a.w. berpuasa dua bulan berturut-turut melainkan pada bulan Sya'aban dan Ramadhan."(Riwayat al-Turmuzi)
7.    Puasa pada hari Isnin dan Khamis
                        Daripada Abi Hurairah r.a. daripada Rasullullah s.a.w. sabdanya: "Diperlihatkan (kehadrat Allah s.w.t.) segala amalan itu pada hari Isnin dan Khamis, justeru saya suka ketika diperlihatkan amalan-amalanku itu sedang aku berpuasa." (Riwayat al-Turmuzi)
                        Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menajdi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku." (Subul al-Salam)
8.    Puasa hari Rabu, Khamis dan Jumaat
                        Daripada 'Ubaid bin Muslim al-Qurasyi daripada bapanya r.a. ujurnya, aku bertanya atau ditanya oleh Baginda Rasullullah s.a.w. mengenai puasa dahar (sepanjang tahun), maka Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Tidak (maksudnya tidak dibenarkan puasa tersebut), kerana sesungguhnya untuk keluargamu atas dirimu ada hak. Oleh itu berpuasalah pada bulan Ramadhan dan yang mengikutinya (enam hari dalam bulan Syawal), dan pada setiap hari Rabu dan Khamis, maka anda sungguh telah (mendapat pahala) puasa sepanjang tahun dan anda juga telah berbuka." (Riwayat Abu Dawud, al-Nasai dan al-Turmuzi)
                        Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa beliau telah mendengar Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, nescaya Allah s.w.t. membina untuknya sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka>" (Riwayat al-Tabrani)
                        Menerusi riwayat daripada Ibnu Umar r.a., Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, kemudian bersedekah pada hari Jumaat sedikit atau banyak, nescaya diampunkan semua dosanya hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala dosa."(Dikeluarkan oleh al-Tabrani)
9.    Puasa pada hari Putih (13,14 dan 15 bulan Islam)
                        Diriwayatkan daripada Jarir r.a. daripada Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasa tiga hari pada setiap bulan adalah puasa sepanjang tahun iaitu puasa pada hari-hari putih - pada hari 13,14 dan 15 (bulan Qamariyah)." (Riwayat al-Nasai dengan sanad yang sohih)
10.   Puasa tiga hari pada setiap bulan
                       Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abi Qatadah, bahawasanya Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Puasa tiga hari pada setiap bulan, Ramadhan ke Ramadhan itulah puasa sepanjang masa."
                        Mengenai berpuasa tiga hari pada setiap bulan, ada beberapa pendapat Ulama. Antaranya dikatakan puasa tiga hari itu ialah puasa pada 13,14 dan 15. Inilah pendapat kebanyakkan Ulama, antara lain Umar, Ibnu Mas'ud, Abu Zar, al-Syafi'i, Abu Hanifah, Ahmad dan Ishaq.
                        Sementara al-Nakha'i berpendapat ialah puasa tiga hari pada akhir bulan.
11.    Puasa selang-seli (sehari puasa sehari tidak)
                        Hadith daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al-'As r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Telah sampai berita kepadaku bahawa anda berpuasa pada waktu siang dan berjaga (kerana beribadah) waktu malam. Jangan buat demikian kerana untuk jasadmu atas dirimu ada habuan, untuk matamu atas dirimu ada habuan dan untuk isterimu ada habuan. Puasalah dan berbukalah. Puasa tiga hari pada setiap bulan, maka dengan demikian anda mendapat pahala sepanjang tahun." Aku berkata: " Wahai Rasullullah, aku mempunyai kekuatan (keupayaan untuk berpuasa). Sabda Baginda Rasullullah s.a.w. "Maka berpuasalah puasa NabiDaud a.s. iaitu berpuasalah sehari dan berbuka sehari."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
                        Daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al'As katanya, telah bersabda Rasullullah sa.w. bermaksud: "Puasa yang paling disukai oleh Allah s.w.t. ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah s.w.t. ialah solat Nabi Daud, baginda tidur separuh malam dan bangun beribadah sepertiga malam dan tidur seperempat malam dan baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
PERINGATAN
1.    Dalam mencari pahala puasa sunnat, janga tersalah hari-hari yang diharamkan berpuasa iaitu:
  • TANGGAL 1 SYAWAL (HARI RAYA AIDIL FITRI)
  • 10 ZULHIJJAH (HARI RAYA AIDIL ADHA)HARI-HARI TASYRIQ: 11, 12 DAN 13 ZULHIJJAH
  • HARI SYAK MUNGKIN HARI MULA BERPUASA (30 SYA'ABAN)
  • SELEPAS 15 SYA'ABAN JIKA BUKAN PUASA QADHA ATAU NAZAR ATAU TIADA HUBUNGAN DENGAN PUASA PADA HARI SEBELUMNYA, ATAU BUKAN HARI YANG BIASA BERPUASA
  • PUASA SUNNAT BAGI WANITA TANPA IZIN SUAMI (JIKA SUAMI BERMUKIM YAKNI TAK MUSAFIR ATAU BERPERGIAN JAUH)
2.    JANGAN PULA BERPUASA PADA HARI-HARI YANG DIMAKRUHKAN:
  • PUASA ORANG YANG SAKIT BERSANGATAN
  • PUASA ORANG YANG SANGAT TUA
  • PUASA WANITA YANG HAMIL
  • PUASA ORANG YANG MUSAFIR
  • PUASA PADA HARI 'ARAFAH BAGI ORANG YANG MENGERJAKAN HAJI
  • PUASA PADA HARI SABTU SAHAJA (DITUNGGALKAN)
  • PUASA PADA HARI JUMAAT SAHAJA (DITUNGGALKAN)
  • PUASA ASALNYA SUNNAT DIKERJAKAN OLEH ORANG YANG MENANGGUNG PUASA QADHA
  • PUASA SEPANJANG TAHUN (SEPANJANG MASA)
3.    ORANG YANG MENGERJAKAN PUASA WAJIB DIKEHENDAKI BERNIAT PUASA PADA WAKTU MALAM. ADAPUN PUASA SUNNAT BOLEH BERNIAT PADA PAGI HARI SEBELUM TERGELINCIR MATAHARI (BELUM MASUK WAKTU ZUHUR) DENGAN SYARAT BELUM MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
4.    NIAT PUASA TIDAK SEMESTINYA DENGAN MELAFAZKAN DALAM BAHASA ARAB, MEMADAI MELINTASKAN DIDALAM HATI DENGAN APA-APA  JUGA BAHASA YANG KITA FAHAMI, IAITU BAHAWA KITA HENDAK MELAKUKAN PUASA (SEBUT JENIS PUASANYA) PADA HARI ESOK (JIKA NIAT PADA WAKTU MALAM) ATAU PADA HARI INI (JIKA BERNIAT PADA WAKTU DINIHARI ATAU WAKTU SAHUR ATAU PADA SEBELAH PAGI SELEPAS SUBUH JIKA PUASA SUNNAT)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...