Salam...
Jom buat puding roti untuk berbuka...menu nie buat petang semalam..
PuDing Roti BerKismis
Nie gara-gara terlebih kismis...hehehe..
boleh kurangkan kismis (ikut rasa sendiri ye)
Skarang jom kita tgk bahan- bahan yang perlu ade untuk buat puding nie...
Bahan- bahan A:
500ml Susu segar
8 keping roti gardenia (or apa saja)
Bahan- bahan B:
4 1/2 sb gula kastor/halus
2 sb butter/marjerin
2 biji tekur
1 sk esen vanilla
2 1/2 sudu tepung jagung
1 sb tepung kastard
Bahan- bahan C
Kismis/ Buah-buhan kering
Bahan- Bahan Untuk sos kastad
1 tin susu cair
3 sb tepung kastard
Gula dan garam secukupnye
1/2 sk esen vanilla
1 tin susu cair
Cara-cara
CARA-CARA MEMBUAT PUDING ROTI
Potong dan susunkan roti didalam bekas pembakar
Rendamkan didalam susu selama 1/2 jam.
Kacau dan gaulkan bahan- bahan B
Masukkan kismis atau buahan-buahan kering dan tuangkan ke dalam bekas berisi roti tadi
Bakar pada suhu 180 C selam 30- 35 minit
Tadaaa..dah siap..Sejukkan lepas tuh boleh bubuh dalam peti sejuk
CARA-CARA MEMBUAT SOS KASTARD
Panaskan semua bahan dengan api perlahan sampai naik wap
Ketepikan bila dah sejuk
Masukkan dalam peti sejuk
Curahkan aje atas puding roti bila nak makan
SELAMAT MENCUBA YE KAWAN-KAWAN
No comments:
Post a Comment