Semalam jalan-jalan kat bazar ramadhan, then tertengok la kat puding karamel...cam sedap je kan makan time berbuka...So bermula la conversation antara penjual dan pembeli...
Penjual: Nak beli apa dik?
Pembeli: Akak puding nie berapa 1 slice?
Penjual: RM 1 je...
Pembeli: Oh yeke...Terima kasih (Dalam hati, mak aih..mahalnye..baik buat sendiri)
So apa lagi, Jom kita memulakan agenda kita...Just to share....
Puding Karamel
Bahan-bahan
1/2 tin susu pekat
1 tin susu cair
6 biji telur
Sedikit kastad
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar gula
sedikit air
Cara memasaknye
Membuat karamel
1. Masukkan 2 sudu gula kedalam loyang dan panaskan sehingga gula cair.
2. Kemudian masukkan sedikit air.
3. Ratakan ke seluruh loyang tersebut dan tinggal kan sehingga dia keras.
Membuat puding
1. Pukul telur, susu pekat and susu cair sehingga kembang. (Saya blender je sume)
2. Masukkan esen vanilla dan sedikit kastad
(Kastad jangan bubuh banyak nanti jadi keras pulak, kalau tak mo bubuh pun takpa)
3. pukul lagi hingga sebati then boleh dituangkan ke dalam karamel yang telah kita buat awal tadi..
Kemudian masukkan ke dalam kukusan, tinggalkan selama 45 minit...
( Make sure panaskan air dalam kukusan dulu)
Selepas tu boleh la dihidangkan...semasa panas ataupun boleh disejukkan dulu dalam freezer...
Sangat senangkan...
Selamat mencuba ye...